Tuesday, September 23, 2008

Pemberian Markah Merit Dikurangkan

Didapati ada pelajar yang mengambil kesempatan menggunakan markah merit, maka markah merit yang maksima dikurangkan ke 5 markah sahaja. Contoh, seandainya seseorang pelajar tidak melakukan salahlaku pada bulan September ini, markah merit yang dia layak pada bulan tersebut ialah 5 sahaja.

Pelajar yang membantu guru juga hanya layak menerima markah merit 5. Syaratnya, pelajar berkenaan mesti melakukan kerja amal itu di luar waktu belajar dan bukan pada waktu rehat.Contohnya pelajar yang membantu guru kauselor hanya boleh melakukan kerja amal di luar waktu belajar.

Kerja-kerja amal yang dilakukan harus diawasi guru berkenaan pada waktu bukan sesi persekolahan. Ini memang satu cabaran kepada guru.

Markah merit 5 markah untuk pelajar :-
Menyiapkan kerja majalah sekolah : 5 markah
Menolong kerja kaunselor : 5 markah
Kerja keceriaan sekolah : 5 markah
Sukarelawan : 5 markah

Keputusan tersebut diambil dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin SMK Hwa Lian Kali Ke-9 pada 23 September 2008 untuk mengelakkan penyelewengan penggunaan markah merit.

Diharap guru-guru disiplin tegas menjalankan tugas dan jangan membiarkan markah demerit pelajar meningkat dan masih tidak boleh membuat apa-apa!

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!