Saturday, October 11, 2008

Sanggup ke balai polis untuk menegakkan ketegasan pelaksanaan disiplin sekolah

Sebagai GPK HEM, saya memang tidak bertolak ansur dalam hal menangani masalah disiplin sekolah!!!

Setelah amaran dan bimbingan diberi, jika masih terdapat pelajar yang terlalu degil mematuhi peraturan sekolah,maka hukuman dalam bentuk merotan akan dikenakan.

Saya sanggup ke balai polis untuk menegakkan ketegasan pelaksanaan disiplin sekolah dan ini memang berlaku setelah seorang pelajar dirotan dan dia memanggil abangnya membuat laporan di Balai Polis Mentakab. Saya menerima cabaran ini dan saya berpuas hati dengan pendirian pihak polis kerana polis juga tidak bertolak ansur dalam hal membaiki mutu disiplin pelajar-pelajar era ini.

Dengan sokongan pihak polis, saya rasa penegasan pendirian saya adalah benar dan saya akan terus tegas dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar di SMK Hwa Lian Mentakab!

Saya tetap memberi sokongan padu kepada semua guru yang bersungguh-sungguh menangani masalah disiplin pelajar!!

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!