Wednesday, July 29, 2009

Kerja sebagai seorang kaunselor sekolah memang mencabar

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah amat penting untuk menunjukkan jalan baik kepada para pelajar agar mereka tidak senang melakukan salah laku dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk masa depannya!

Kaunselor-kaunselor di sekolah harus memainkan peranan proaktif iaitu mengetahui masalah pelajar sebelum maslah pelajar itu sudah "meletup" barulah cari jalan penyelesaiannya!

Adalah menjadi bahan ketawa jika masalah tersebut sudah pun meletup dan diketahui umum tetapi orang yang sepatutunya menangani masalah tersebut sebelum perkara itu berlaku masih dalam keadaan tidak tahu apa perkara yang sebenarnya sudah berlaku !

Alangkah baik jika kaunselor-kaunselor di sekolah merancang program yang betul-betul memberi manafaat kepada pelajar dan bukan sekadar menuggu masalah yang didatangkan ke pejabatnya!

Kerja sebagai seorang kaunselor sekolah memang mencabar kerana beliaulah yang mengatur strategi pencegahan berlakunya sebarang masalah-masalah di kalangan ribuan bilangan pelajar!

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!