Monday, August 31, 2009

Tahukah anda bahawa separuh daripada keluasan padang SMJK Hwa Lian Mentakab ini sebenarnya adalah hak milik kerajaan Pahang?


Tahukah anda bahawa separuh daripada keluasan padang SMJK Hwa Lian Mentakab ini sebenarnya adalah hak milik kerajaan Pahang?

Pihak Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab telah mengetahui perkara ini dan mewakilkan GPK HEM Lim Jit Hun ke Pejabat Tanah Daerah Temerloh untuk memohon tanah hak kerajaan seluas 3 ekar itu secara rasmi.

EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lanchang YB Dato Mohd Sharkar B Shamsudin juga berjanji akan menolong pihak Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab mendapatkan hak milik tanah tersebut secara rasmi.

Walau bagaimanapun, proses permohonan tanah tersebut memakan masa yang panjang dan diharap tanah tersebut akan menjadi hak milik pihak sekolah demi kepentingan pendidikan dan kebajikan para pelajar SMJK Hwa Lian Mentakab.

Pihak PPD Temerloh juga dimaklumkan tentang usaha Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab untuk mendapatkan hak tanah tersebut.

2 comments:

  1. Diharap semua warga SMJK Hwa Lian Mentakab doa agar tanah tersebut boleh menjadi hak milik sekolah secara rasmi dalam masa yang singkat!

    ReplyDelete
  2. cepat berindak untuk dapatkan tanah untuk sekolah, rakyat diutamakan!

    ReplyDelete

欢迎发表意见!