Tuesday, January 12, 2010

Belajar Sejarah secara HIDUP






Sejak saya di bangku sekolah menengah lagi di ACS Melaka, saya tertarik dengan pengajaran Sejarah Cikgu Sejarah saya En Jaib Singh, seorang guru yang cukup dedikasi.

Sejarah yang diajarnya memang menarik kerana beliau selitkan banyak cerita menarik dan contoh cabaran hidup yang cukup realistk.

Sejak itu, sayalah orang yang suka berdebat dengan pensyarah di USM. Saya segaja memilih Sejarah sebagai major dan Kesusateraan Melayu sebagai minor pengajian saya di USM.

Kini, saya ikut jejak Cikgu Sejarah saya di mana saya mahu pelajar saya belajar Sejarah secara HIDUP! Saya tidak mahu mereka hafal fakta sejarah semata-mata tetapi saya mahu mereka mendalami sesuatu peristiwa dengan menjawab 6W1H dan mereka tidak perlu ingat fakta sejarah itu bermati-matian!

sebai contoh, untuk Bab 1 Tingkatan 3 mengenai Pendudukan Jepun di Negara kita, saya mahu pelajar menemubual nenek, datuk atau orang tua yang berpengalaman hidup pahit Zaman Jepun ( 1941 - 1945 ).

Saya juga mahu mereka kaji kepentingan Tugu Peringatan Mansa Perang Dunia Ke-2 zaman Pendudukan Jepun di Padang Mentakab. Saya mahu mereka faham akan 4 jenis bahasa yang tercatat pada tugu tersebut.

Sejarah memang menarik kalau kita belajarnya secara HIDUP!!!

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!