Program Anak Angkat SMJK Hwa Lian Mentakab dilancarkan dalam Perhimpunan Sekolah pada 12 April 2010 ( Isnin ) dan seramai 104 orang pelajar terpilih dianakangkatkan oleh guru-guru sekolah.
Peranan setiap guru SMJK Hwa Lian Mentakab yang menjadi bapa angkat atau emak angkat kepada pelajar tertentu adalah seperti berikut :-
• Mengambilberat tentang hal ehwal anak angkatnya di sekolah dari segi disiplin , pembelajaran dan masalah peribadinya.
• Memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang diperlukan oleh anak angkat.
• Membolehkan anak nagkar merasai kasih saying yang dicurahkan.
• Perjumpaan / interaksi dengan anak angkat secara formal dan tidak formal boleh diadakan di sekolah di luar jadual waktu sekolah.
• Mengetahui latar belakang anak angkat secara mendalam.
Keunikan program ini ialah guru berkenaan dapat menganakangkatkan pelajar dari berlainan keturunan / latar sosial dan suasana muhibah dapat diwujudkan dalam erti kata ” Satu Malaysia ” yang sebenar.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang berusaha menjayakan Program Anak Angkat 2010 dan semoga semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut dapat menikmati / menghayati segala kesejahteraan dan rahmat yang dicurahkan oleh para pendidik SMJK Hwa Lian Mentakab!
No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!