Tuesday, August 10, 2010

Surat Terbuka Kepada BAM 2010









Lim Jit Hun
Peminat Setia Sukan Badminton Tanah Air,
B-156, Taman Bahagia
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
012-9331816

Kepada

En Ng Chin Chai,
Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia ( BAM )
Badminton Association of Malaysia
Stadium Juara, Bukit Kiara Sports Complex
Jalan 1 / 70 D, Bukit Kiara
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia. Tarikh : 10 Ogos2010

Tuan

Cadangan tidak menggugurkan sebarang pemain dalam Kumpulan Elite BAM 2010

Sukacita perkara di atas dirujuk.

Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) yang mencadangkan pembentukan Kumpulan Elite Perseorangan dan Bergu amat dialu-alukan untuk membawa satu pembaharuan dalam perjuangan sukan Badminton Malaysia ke peringkat antarabangsa.

2. Cadangan Kumpulan Elite Singles seperti Dato’ Lee Chong Wei, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang, Chong Wei Feng, Liew Daren, Lok Chong Chieh, Chan Kwong Beng, Lim Fang Yang yang hanya terdiri daripada 8 orang itu amat dialu-alukan.

Namum, ada keinginan digugurkan 2 orang pemain daripada kumpulan elite itu adalah tidak wajar kerana :

• Pemain baru dilantik dalam kumpulan elite ini masih tidak diberi peluang untuk membuktikan kehebatannya.
• Jawatankuasa yang dipimpin oleh tuan harus bertindak lebih rational dan jika didapati pemain kumpulan masih tidak layak diletakkan dalam kumpulan elite, mereka boleh kekal dalam Kumpulan Back Up agar tidak berlaku pembaziran talent Badmniton dalam negara.
• Amat mendukacitakan jika pemain elite ini tidak diberi peluang membuktikan kehebatannya sebagai pengganti Dato’ Lee Chong Wee dan keyakinan orangramai terhadap BAM akan kian merosot.
• Kebanyakan pemain elite yang dibentuk ini adalah dari Sekolah Sukan Bukit Jalil di mana pengorbanan ibu bapa merelakan anaknya dilatih dan dibesarkan oleh BAM dengan sukan Badminton perlu dihargai. Ibu bapa akan hilang keyakinan terhadap pengurusan BAM jika pemain elite ini digugurkan tanpa satu alasan yang kukuh dan tidak diberi peluang untuk membuktikan kehebatannya.
• Setakat ini , pencapaian dan pengurusan BAM dalam pembangunan sukan Badminton dalam negera dan peringkat antarabangsa amat membanggakan dan diharap perjuangan Kumpulan Elite Singles dan Bergu, Kumpulan Back Up lelaki dan perempuan ini dapat diteruskan dengan pimpinan yang lebih profesional tanpa sebarang pengguguran pemain oleh BAM.
• Semangat dan keinginan membuktikan kehebatan semua pemain BAM akan terpelihara jika BAM terus kekal dengan dasar baru ini yang tidak menggugurkan sebarang pemain.

3. Saya selaku pencinta setia sukan Badminton tanah air dan juga salah seorang ayah kepada pemain Kumpulan Elite Singles memang beryakin penuh terhadap pengurusan tuan dan diharap dengan kerjasama jitu daripada semua pihak tertama sokongan padu daripada Persatuan Badminton setiap negeri, pembangunan sukan Badminton ke tahap yang lebih tinggi pasti boleh dicapai.

Sekian, terima kasih.

“ PEMBANGUNAN BADMINTON KE TAHAP KECEMERLANGAN TINGGI !”

Saya yang berharap,


Lim Jit Hun
Peminat Setia Sukan Badminton Tanah Air
012-9331816
budd5465@gmail.com
fb : lim jit hun 林日汉
blog : http://limjithun.blogspot.com


s.k

1. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.
2. Patron Of The BAM Council : YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
3. Menteri Belia Dan Sukan , Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob
4. President Of The BAM Council : Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh
5. Deputy President Of The BAM Council : YAM Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail
Tengku Idris Shah
6. Ketua Pengarah Majils Sukan Negara.
7. Ketua Jurulatih BAM, En Rashid Sidek.
8. Jurulatih perseorangan, Dato’ Misbun Sidek.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!