Perhimpunan Khas yang diadakan pagi ini walaupun hanya melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2, ucapan Tuan Pengetua cukup jelas menyampaikan mesej bahawa disiplin sekolah mesti ditegaskan. Pelajar-pelajar yang tidak hormat Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri memang boleh diambil tindakan.
Beliau berkata, pihak Kementerian Pelajaran memang membolehkan guru-guru sekolah merotan tetapi ia adalah langkah tindakan disiplin yang terakhir. Tuan Pengetua mengingatkan pelajar-pelajar lain jangan lagi mengejek pelajar yang diambil tindakan disiplin dan semua pelajar mesti belajar dalam suasana hormat menghormati dan sayang menyayangi.
Perhimpunan Khas diakhiri dengan sesi persefahaman antara ibu bapa pelajar berkenaan dengan GPK HEM. GPK HEM menunjukkan kasih sayangnya sebagai seorang guru dengan memeluk pelajar tersebut.