Showing posts with label KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN. Show all posts
Showing posts with label KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN

MAKLUMAT KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN
PROTON PERINGKAT AKHIR 2008 ___________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita berikut ini disampaikan maklumat-maklumat penting mengenai kejohanan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil :

3. Maklumat Kejohanan

3.1 Tarikh Kejohanan : 9 – 12 Disember 2008
3.2 Venue Kejohanan : Dewan Badminton KBA
Jalan Suka Menanti.
3.3 Mesyuarat Pengurus Pasukan
Tarikh : 8 Disember 2008,
Tempat : Bilik Mesyuarat, Hotel Sentosa.
Masa : 4.00 petang

3.4 Jamuan Makan Malam
Tarikh : 8 Disember 2008
Tempat : Hotel Sentosa
Masa : 8.00 Malam

4. Maklumat Penginapan

4.1 Sentosa Regency Hotel
250, Jalan Putra
05100 Alor Star, Kedah Darul Aman
Tel: 604-7303999 Fax: 604-7308999

Kadar Harga Penginapan:
RM118.00 sebilik - satu malam
(Kadar harga termasuk sarapan pagi untuk 2 orang)
RM25.00 – Tilam Tambahan

4.2 Tarikh Check in : 8 Disember 2008, selepas 2.00 ptg.

4.3 Tarikh Check out : Selepas terkeluar daripada pertandingan, atau pada 12 Disember 2008, yang mana lebih awal.

4.4 Check in awal : Atas urusan sendiri

4.5 Pembayaran Penginapan: Diurus Oleh BAM
(Penting : Sila berbincang dengan En. How Kim Tho (012-2142338) ketika melapor diri)

4.6 Pecahan Pemain dan Pegawai
1 - 5 orang : 1 orang pegawai
6 - 10 orang : 2 orang pegawai
11 - 15 orang : 3 orang pegawai
15 - 20 orang : 4 orang pegawai

4.7 Pengurus Pasukan bertanggungjawab di atas keselamatan dan juga tingkah laku pemain masing-masing di hotel penginapan. Panggilan telefon, penggunaan mini-bar dan kerosakan harta benda hotel adalah tanggungjawab pasukan negeri masing-masing.

4.8 Tidak dibenarkan orang-orang yang tidak berkenaan, termasuk ibubapa pemain, berada atau menginap di bilik pemain atau pegawai.
5. Tambang Pengangkutan : Akan dibayar oleh BAM

6. Elaun Makan : Akan dibayar oleh BAM

7. Pengangkutan Dalaman : Shuttle bus akan disediakan oleh KBA dari hotel ke venue dan venue ke hotel sahaja.

8. Peraturan Pertandingan : Dilampirkan bersama surat ini satu salinan Peraturan Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan 2008 untuk panduan pasukan tuan

9. Adalah diharapkan maklumat-maklumat di atas dapat membantu pihak tuan untuk membuat persediaan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia kejohanan Persatuan Badminton Malaysia di talian (03-20939220)- u.p. Teo Kim Thye.