Showing posts with label Rancangan jalan sehala dalam kawasan SMJK Hwa Lian. Show all posts
Showing posts with label Rancangan jalan sehala dalam kawasan SMJK Hwa Lian. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Rancangan jalan sehala dalam kawasan SMJK Hwa Lian





Diumumkan bahawa jalan masuk ke kawasan sekolah SMJK Hwa Lian Mentakab telahpun ditukar menjadi jalan sehala atas sebab projek pembinaan Dewan Kuliah sedang dijalankan.

Semua pemilik kenderaan dikehendaki masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar berpondok pengawal keselamatan dekat dengan Dewan Xiang Gui dan keluar melalui pintu besar sekolah.

Semua pemilik kenderaan dari Taman Rimba, Taman Saga, Taman Sempalit dan kawasan perumahan berdekatan tidak boleh lagi menggunakan Pintu Besar SMJK Hwa Lian untuk masuk ke kawasan sekolah.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar rancangan jalan sehala dalam kawasan SMJK Hwa Lian ini dapat berjalan dengan lancar.