Showing posts with label Terima kasih kepada semua yang ambil berat. Show all posts
Showing posts with label Terima kasih kepada semua yang ambil berat. Show all posts

Saturday, March 7, 2009

Terima kasih kepada semua yang ambil berat

Terima kasih kepada semua yang ambil berat :

Perjumpaan khas adalah satu persetujuan PIBG sekolah ( Persefahaman antara ibu bapa pelajar berkenaan dengan Tuan Pengetua dan Yang Dipertua PIBG SMK Hwa Lian Mentakab ) hanya kepada pelajar T1 & T2 kerana pelajar berkenaan dari T2.

Pelajar-pelajar daripada tingkatan lain tidak dipanggil kerana mereka terlibat dalam ujian 1.

Hanya Tuan Pengetua berucap dalam perhimpunan tersebut untuk memberi penjelasan tanpa melibatkan diri saya sebagai GPK HEM ketika itu. Ketegasan disiplin SMk Hwa Lian Mentakab tidak terjejas. Tak percaya, cubalah...siapa yang ingin merosakkan disiplin sekolah, langkahlah mayat GPK HEM!!

Kepada rakan-rakan perjuangan dan rakan-rakan setia , terima kasih ke atas semua kerjasama dan sikap positif yang dipertunjukkan.

Kepada semua pelajar, terima kasih ke atas pandangan dan komen yang diberikan.

Kepada ahli keluarga, terima kasih ke atas kasih sayang yang ditunjukkan.

Kepada Tuan PPD Temerloh yang menelefon sekolah untuk memberi nasihat dan pandangan dalam perkara ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. TQ, Sir!

Lim Jit Hun 07032009