Friday, December 5, 2008

KERTAS KERJA HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 SMKHL 2009

KERTAS KERJA HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & PERALIHAN SMK HWA LIAN MENTAKAB, 2009

Pendahuluan :

SMK Hwa Lian yang ditubuhkan pada 1958 merupakan Sekolah Menengah Harian ( Jenis bantuan Modal ) yang menyediakan peluang melanjutkan pelajaran persekolahan menengah untuk murid-murid sekolah rendah. SMK Hwa Lian dianggarkan dapat membuka tidak kurang daripada 10 kelas Tingkatan 1 / Peraliahan setiap Sesi Pembukaan persekolahan menengah. Semua pelajar sekolah ini dianggap berpotensi dan dilayani saksama untuk menghayati unsur-unsur kependidikan. dalam kokurikulum.

Rasional :

Hari Orientasi Pelajar Baru diadakan untuk memberi pendedahan, kesedaran, rangsangan dan motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Hwa Lian Mentakab baru agar mereka mewarisi sepenuhnya ciri-ciri yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif :

Membolehkan pelajar-pelajar baru agar mereka selesa dengan suasana pembelajaran sekolah menengah yang baru. Mereka dapat menerima rangsangan yang berterusan dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang di SMK Hwa Lian Mentakab.

Matlamat :

Mencapai tahap mutu pengurusan sekolah yang tinggi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tarikh, Masa dan Tempat Pelaksanaan :

Tarikh : 03 Januari 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tgh
Temapat : Dewan SMK Hwa Lian Mentakab.

Perasmian dan Aturcara :
Perasmian : Pengetua SMK Hwa Lian, Mentakab.
Aturcara :

8.00 Pagi : Perhimpunan Pelajar-pelajar ( P / T1 )
9.00 Pagi : Pendaftaran Pelajar-pelajar baru ikut kounter
10.00 Pagi : Rehat
10.30Pagi : Taklimat Umum oleh Tuan Pengetua / Penyelia Petang
11.15 Pagi : Taklimat Khusus
- Yuran & Disiplin
- Badan Koko
- Komputer / SPBT
12.00 Tgh : Sesi soal jawab
12.30 Tgh : Bersurai
Tindakan Pelajar-Pelajar baru SMK Hwa Lian 2009 :
• Mengisi Borang maklumat pelajar
• Menyediakan 8 keping gambar pelajar
• Membawa salinan Surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
• Menyerahkan kad 001 & Kad kesihatan
• Serahkan salian keputusan UPSR
• Serahkan salinan Kad Pengenalan ibu bapa / Penjaga

Jawatankuasa Hari Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 / Peralihan :

Pengerusi : Siew Yoon Yaw ( Pengetua )
Naib Pengerusi : Tan Kok Keong
: Lim Jit Hun
: Ahmad Daud B Hj Ismail
: Mohd Nasir B Jaafar
Setiausaha :
Melissa Chan Kwai Hai ( Penyelaras Tingkatan 1 )
Pendaftaran :
Kang Chai Yoeng
Khairunnidzam B Bahruddin
Gur-guru Tingkatan 1 / Peralihan :
Sesi Pagi
Satinah Ramly (1A) / Lee Kuan Tai ( 1B) / Siti Salina (1C ) / Siti Zalina ( 1D ) /
Othman Hitam ( 1E )/
Sesi Petang
Fazilawati ( 1F) / Nor Hafizah Bt Asmuni ( 1G) / Abd Ghani ( 1H) / Fairosliza Bt Yaacob ( 1J ) /
Mohd Zaim B Abd Ghani ( 1K ) / Hoo Wee Seng ( Peralihan )
Pengedaran Borang Maklumat Diri Pelajar :
Rema a/p Krishnan & Gan Geok Moi
Persediaan Tempat & Label :
Mohd Nasir B Jaafar
Penyelia / Disiplin Pelajar :
Benjamin Raj Al V Rasiah
Hoo Wee Seng
Juru Acara :
Siew Kok Ming
Siaraya :
Koh Jee Ming
Taklimat :
Bahagian Disiplin / Peraturan Sekolah : Lim Jit Hun & Mohd Nasir B Jaafar
Yuran Sekolah : Tan Kok Kiong
Koko : Ahmad Daud B Hj Ismail
SPBT : Tan Hee Woy
ICT : Koh Jee Ming

Kos Perbelanjaan :
1. Borang maklumat pelajar ----- 420 keping – dibekalkan oleh Sekolah
2. Kertas Label --- dibekalkan

Strategi :
• Penubuhan J/K awal Bulan November , 2008
• Mesyuarat Pertama : 31 Disember 2008 ( Rabu ) , 9.00 Pagi di Bilik Gerakan Sekolah.
• Pelaksanan & Pengawasan : 03 Januari 2009
• Pemantauan

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!