Sebagai seorang guru sejarah, saya amat kagum dengan pendirian dan keberanian Ong Tee Kiat sebagai pemimpin masyarakat Cina dan Malaysia.
Namum, keberaniannya tidak dibalas dengan budi yang diharapkan.Ong tidak disukai kerana beliau terlalu tegas dengan pendiriannya dalam isu PKFZ.
Jika beliau tahu kesenian mendiamkan diri dalam politik, maka peristiwa 10102009 mungkin tidak akan menimpa dirinya.Undi tidak percaya merupakan satu keputusan yang amat tidak adil kepada seorang pemimpin yang berprinsip dan berpendirian.
Para perwakilan MCA hanya ghairah dengan perjuangan berpuak-puaknya dan langsung tidak dapat merasai dan menghayati apa yang diperjuangkan oleh presiden partinya.
Ong yang mementingkan nilai moral politik akan tinggakan pucuk kepimpinan MCA, namum beliau tetap dihormati kerana jarang terdapat seorang pemimpin masyarakat Cina yang berprinsip dan berani menonjolkan ketegasannya untuk memperjuangkan kebenaran untuk rakyat.
Ong tetap akan undurkan diri dalam pucuk kepimpinanan MCA. Tetapi barisan pucuk pimpinan yang lain tidak kan membuat sedemikian kerana rasanya undi tidak percaya ini hanya dikenakan kepada mereka tetapi bukan mereka..adakah ini benar?
ReplyDelete