Showing posts with label Kagum dengan perjuangan Ong Tee Kiat. Show all posts
Showing posts with label Kagum dengan perjuangan Ong Tee Kiat. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Kagum dengan perjuangan Ong Tee Kiat




Sebagai seorang guru sejarah, saya amat kagum dengan pendirian dan keberanian Ong Tee Kiat sebagai pemimpin masyarakat Cina dan Malaysia.

Namum, keberaniannya tidak dibalas dengan budi yang diharapkan.Ong tidak disukai kerana beliau terlalu tegas dengan pendiriannya dalam isu PKFZ.

Jika beliau tahu kesenian mendiamkan diri dalam politik, maka peristiwa 10102009 mungkin tidak akan menimpa dirinya.Undi tidak percaya merupakan satu keputusan yang amat tidak adil kepada seorang pemimpin yang berprinsip dan berpendirian.
Para perwakilan MCA hanya ghairah dengan perjuangan berpuak-puaknya dan langsung tidak dapat merasai dan menghayati apa yang diperjuangkan oleh presiden partinya.

Ong yang mementingkan nilai moral politik akan tinggakan pucuk kepimpinan MCA, namum beliau tetap dihormati kerana jarang terdapat seorang pemimpin masyarakat Cina yang berprinsip dan berani menonjolkan ketegasannya untuk memperjuangkan kebenaran untuk rakyat.