KATA ALU-ALUAN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH WAJA SMJK HWA LIAN MENTAKAB 2009
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi SMJK Hwa Lian Mentakab atas kejayaan dalam menghasilkan majalah ‘WAJA’ pada tahun ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Sidang Redaksi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata.
Dalam era globalisasi, sistem pendidikan negara telah mengalami anjakan paradigma dengan begitu rancak. Maka, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) 2006-2010. PIPP berlandaskan pendekatan serampang dua mata, iaitu pertamanya merealisasikan akses kepada pendidikan dan menyemarakkan medan persaingan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, untuk melonjak tahap kecemerlangan sekolah dan institusi ke tahap yang bertaraf global.
Sesungguhnya, ingin dijelaskan di sini bahawa peranan guru bukan setakat memastikan pelajar dapat membaca, menulis dan mengira malah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Peranan mengajar dan mendidik adalah gabungan usaha untuk mencerna minda dan membentuk peribadi pelajar. Ketinggian ilmu yang disulami nilai murni ialah ciri modal insan yang diingini untuk merealisasikan wawasan negara.
Sesungguhnya, kesungguhan dan keiltizaman usaha daripada semua pihak iaitu barisan pendidik dan para pelajar amatlah diperlukan untuk merealisasikan masyarakat berwawasan Satu Malaysia !
YB DATUK IR DR WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!