Saturday, September 5, 2009

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 3 warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2010.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 3 warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2010.


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) :
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

NOTA :
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera.
    (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh  
    Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke 
    MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan
    memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

D. CARA MEMOHON NOMBOR PIN :
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)

Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
1.Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada
  25 Oktober 2009.
2. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak
    menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH) MARA.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!