Seorang ibu datang ke sekolah pada hari ini untuk mendapatkan nasihat dan bantuan pihak sekolah kerana anaknya kehilangan sijil asal PMR 2000. Pihak sekolah telah membantu ibu ini secara ikhlas dengan cara menolong beliau mengisi borang, menuliskan surat permohonan dan memberi taklimat tentang prosedur permohonan salinan sijil daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Anaknya yang bernama Hee Yun Khong kini bekerja di Singapura dan didapati sijil asal PMR amat berguna untuk permohonan dokumen rasmi daripada Kerajaan Singapura.
PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL PMR KERANA KEHILANGAN SIJIL ASAL
1. Membuat laporan polis tentang kehilangan sijil SPM atau mendapatkan surat akuan sumpah di makamah.
2. Mengisi borang permohonan salinan sijil hilang ( boleh didapati di sekolah asal )
3. Membeli wang pos RM 10.00 atas nama Tuan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia.
4. Hantar semua dokumen ke Lembaga Peperiksaan Malaysia disertakan dengan Sampul Surat saiz A4 yang
beralamat sendiri dan bersetem.
Alamat Lembaga Peperiksaan Malaysia :
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Aras 13, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya,
Putrajaya, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-62011144 / 03-88843000
十大常犯语文差错
-
有“语林啄木鸟”之称的上海《咬文嚼字》编辑部,21日公布了2011年中国出现频率最高、覆盖面最广的十大常犯语文差错。这十大语文差错分别是:
一、社会影响最大的语文差错是:“捍”误为“撼”。2011年5月,故宫送给北京市公安局的一面锦旗上,把“捍祖国强盛”错写成“撼祖国强盛”,舆论哗然。语文专家指出,“捍”是保...
12 years ago
No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!