Wednesday, April 30, 2008

KONGSI KEMAHIRAN BELAJAR

Bekas pelajar Hwa Lian , Tan Wen Jian ( pelajar 5A, 2006 ) yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM diundang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar 4A pada 29 April 2008. Tan Wen Jian berkongsi pengalaman tentang cara belajar semasa beliau berada di bangku sekolah Hwa Lian.

Tan Wen Jian, bekas pelajar Hwa Lian yang meperoleh 12 1A dan 1B dalam SPM kini mengikuti kursus yang ditawarkan oleh JPA dan akan bertolak ke Amerika Syarikat pada bulan Ogos ini untuk merealisasikan cita-citanya sebagai saintis terkemuka satu hari nanti.

Memang Tan Wen Jian bijak dalam pengurusan pelajarannya dan beliau amat mahir untuk melenakapi diri dalam kerja membuat kajian mendalami ilmu. Beliau kata, ketahuilah struktur ilmu sains , kajian sebab akibat, dan sentiasa hubungkaitkan jalinan ilmu, maka ilmu itu akan sentiasa dimiliki dan tidak mudah dilupakan!!!

Pengongsian kemahiran belajar ini amat dihargai oleh pelajar-pelajar Hwa Lian!!!

Lim Jit Hun 30042008

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!