Wednesday, April 16, 2008

Lawatan Ke Balai Polis Temerloh

Lembaga Disiplin Sekolah merancang untuk mengadakan lawatan ke Balai Polis Temerloh pada 18 April 2008 ( Jumaat ) jam 9.00 pagi sehingga 12.00 Tgh dan telahpun mendapat persetujuan Ketua Polis Daerah Temerloh. Lawatan pelajar-pelajar dan guru disiplin ke Balai Polis bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar agar mereka menjauhkan diri daripada terlibat dalam kes-kes jenayah dan disiplin sekolah. SMK Hwa Lian Mentakab merupakan sekolah pertama mengadakan lawatan rasmi ke Balai Polis Temerloh.

Kerjasama pihak polis bersama-sama menangani masalah disiplin sekolah dan juga memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahayanya terlibat dalam gejala sosial amat dihargai.

TQ, Polis !!!

Lim Jit Hun 16042008

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!