Thursday, March 5, 2009

Besok, akan membawa perubahan.

Besok( 06 Februari 2009 ) akan diadakan satu perhimpunan luar biasa untuk menyelesaikan kes isu Lagu Kebangsaan yang melibatkan diri saya sebagai GPK HEM.

Perlukah perhimpunan luar biasa diadakan? Saya hanya ikut perintah dan mungkin ia akan membawa perubahan tertentu.

Namum begitu, pegawai dari PPD dan JPNP telah datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terima kasih ke atas bimbingan dan nasihat yang diberikan. Aduan sudah sampai ke pringkat tertinggi dalam Kementerian Pelajaran dan sokongan moral daripada dua orang pegawai yang melawat sekolah, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Di samping itu, sokongan moral daripada Pengerusi Lembaga Pengelola, En Lim Yak Phang dan guru-guru sekolah yang lain, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan.

Besok, akan membawa perubahan.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!