Wednesday, March 11, 2009

Laporan Tentang Kedudukan Diri GPK HEM dalam usaha menangani Kongsi Gelap Di sekolah.

Lim Jit Hun
GPK HEM
SMK Hwa Lian Mentakab
28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur. Tel : 012-9331816
e-mail : budd5465@gmail.com
________________________________________________

Kepada

Tuan Pengarah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 8, Blok E8,
Kompeks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Melalui dan Salinan Kepada :

Tuan Pengetua
SMK Hwa Lian Mentakab.
Pahang Darul Makmur Tarikh : 11hb Mac 2009

Laporan Tentang Kedudukan Diri GPK HEM dalam usaha menangani Kongsi Gelap Di sekolah.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya selaku GPK HEM SMK Hwa Lian Mentakab bernama Lim Jit Hun ( No KPT : 590726-08-5465 ) yang menjalankan tugas menegakkan disiplin pelajar di sekolah didapati kenderaaan Van Vanette dengan No Pendaftaran CAQ 6976 telah dipecahkan 3 buah cermin utamanya ( cermin depan, cermin belakang dan cermin tepi sebelah tempat pemandu ) pada pukul 4.30 pagi, 8hb Mac 2008 ( Ahad ) di hadapan rumah saya yang beralamat B- 156, Taman Bahagia, 28000 Temerloh, Pahang DM. oleh golongan tertentu.

3. Perpecahan cermin kenderaaan saya ini merupakan satu amaran serious daripada pihak tertentu kerana saya dengan pasukan guru disiplin sekolah telah bekerjasama dengan pihak polis Daerah Temerloh ( Special Branch ) mengadakan siasatan rapi terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam Kongsi Gelap sejak dua minggu yang lalu dan mendatangkan hasil.

4. Amaran ini kemungkinan akan membawa kejadian yang di luar jangkaan dan boleh mengancam keselamatan diri saya. Saya telah membuat laporan polis dan menceritakan perkara yang benar kepada pihak polis pada 8hb. Mac 2009 ( Ahad ). No Laporan Polis saya ialah TEMERLOH/001212/09, Waktu 11.16 am. Di samping itu, ada kata-kata ancaman “ Get a life” yang dikomen oleh pihak tertantu dalam blog saya ( http://limjithun.blogspot.com/ ) bertarikh 11 Mac 2009.

5. Dalam pada itu, saya selaku GPK HEM juga pernah merotan seorang pelajar yang menghina Lagu Kebangsaan & Lagu Negeri Pahang dan ini memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( orang yang membuat aduan bukanlah ayah/ penjaga pelajar berkenaan ). SMS yang ingin menjatuhkan maruah guru-guru dengan kata-kata lucah dan sangat kesat disebarkan seluruh negara oleh golongan tertentu. Laporan polis juga telah dibuat oleh guru-guru berkenaan pada 10 Mac 2009 di Balai Polis Mentakab. No Laporan Polis tersebut ialah MENTAKAB/001282/09. Ini menunjukkan terdapat pihak tertentu ingin menjatuhkan nama baik sekolah.

6. Bersama-sama ini disertakan foto-foto cermin van saya yang sengaja dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk rujukan dan tindakan tuan ( sila rujuk e-mail dan blog saya ).Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.”

Saya Yang Menurut Perintah

Lim Jit Hun
GPK HEM SMK Hwa Lian Mentakab,
Pahang DM

s.k :
1. Tuan Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
2. Tuan Pengawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!