Tuesday, March 24, 2009

LANGKAH-LANGKAH J/K TASK FORCE MENANGANI MASALAH GANGSTERISME

  1. LANGKAH-LANGKAH J/K TASK FORCE MENANGANI MASALAH GANGSTERISME
    SMK HWA LIAN MENTAKAB 2009

    TUJUAN : MENGHAPUSKAN GANGSTERISME
    DI SEKOLAH

    1. Penubuhan JK Task Force Sekolah untuk menghapuskan masalah gangsterisme yang wujud di sekolah.
    2. Memaklumkan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh pihak sekolah kepada PPD dan JPNP.
    3. Bekerjasam dengan pihak polis ke sekolah untuk membuat penyiasatan rapi.
    4. Mengadakan perjumpaan dan kaunseling terhadap pelajar- pelajar terlibat dengan kerap.
    5. Mengadakan kem kesedaran dan motivasi untuk pelajar- pelajar berkenaan.
    6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga pelajar- pelajar tertentu dari masa ke semasa melalui Waktu Mesra HEM dan PIPP.
    7. Memastikan tiada pengaruh luar yang dapat mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar di sekolah dengan kawalan keselamatan yang ketat. Memohon menambah anggota pengawal keselamatan di sekolah.
    8. Mendapatkan kerjasama polis dengan mengadakan perkhidmatan Kereta Rondaan Polis di kawasan sekolah.
    9. Mengadakan ceramah khas untuk pelajar-pelajar berkenaan agar kesedaran menjauhi gejala gangsterisme sentiasa tersemai.
    10. Mengadakan lawatan mesra ke rumah pelajar-pelajar terlibat agar masalah gangsterisme diselesaikan bersama-sama dengan ibu bapa.
    11. Mengadakan perbincangan khas dalam mesyuarat PIBG dan Majlis Dialog Ibu Bapa /penjaga dan Pemimpin Masyarakat.
    12. Mendidik pelajar agar sentiasa berani memberi maklumat yang diingini dan berjiwa cintai sekolah.
    13. Mengadakan kempen menangani gangsterisme di sekolah.
    14. Selalu mengingatkan pelajar dalam perhimpunan sekolah agar menjauhi gejala gangsterisme kerana ia akan merosakkan masa depan pelajar.
    15. Pameran dan bahan-bahan media yang mendedahkan keburukan gangsterisme dan kesan- kesan negatif kepada masyarakat untuk semua pelajar.
    16. Lawatan ke lokap Balai Polis Temerloh / penjara untuk mengetahui tindakan polis terhadap samseng-samseng kongsi gelap.
    17. Mamasang banner “ sifar gangsterime sekolah ” .
    18. Mewujudkan " Bilik Pemulihan ” di sekolah.

1 comment:

  1. Kesungguhan pihak sekolah membantu pelajar-pelajar berhenti daripada menjadi mangsa gangsterisme amat jelas. Semua pihak terutama pelajar sendiri dan ibu bapa amat diperlukan!

    ReplyDelete

欢迎发表意见!