Thursday, November 19, 2009

Menangani masalah ponteng sekolah selepas PMR 2009


Surat pemberitahuan tentang kehadiran ke sekolah oleh pelajar-pelajar Tngkatan 3 selepas PMR 2009 yang tidak memuaskan iaitu ponteng melebihi 8 hari sudah dikirim ke alamat ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar berkenaan mulai minggu ini.

SMK Hwa Lian Mentakab memang tegas tentang sikap pelajar-pelajar yang suka ponteng selepas peperiksaan / PMR walaupun banyak program selepas PMR sudah dirancang dengan rapi!

Ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar berkenaan diberitahu bahawa sikap / salahlaku anaknya akan direkod dan markah demerit akan dibawa ke tahun hadapan dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah 2010.

Pihak Kementerian Pelajaran memang tidak ingin melihat kes-kes ponteng sekolah oleh pelajar-pelajar selepas peperiksaan berterusan dan SMK Hwa Lian Mentakab memang tegas pendiriannya seperti Kementerian Pelajaran.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!