Wednesday, February 25, 2009

Ide-ide bernas dua orang pemantau JPNP membawa kebaikan








Pemantauan pengurusan HEM dan Kokurikulum di SMK Hwa Lian Mentakab pada hari ini ( 25 Februari 2009 ) oleh dua orang pemantau JPNP iaitu Penyelia HEM, PPD Temerloh
En Othman Bin Daud dan En Abdul Sani Razali ( PPD Maran ) memang membawa hasil kerana banyak ide dan pengalaman tentang pengurusan HEM & Kokurikulum dikongsi bersama.


GPK HEM & GPK Kokurikulum SMK Hwa Lian Mentakab memberikan kerjasama sepenuhnya
dan pengongsian pengalaman tentang Buku MDDP, Buku Kawalan Kelas, Kawalan Disiplin Berdasarkan Sistem Blok, Sistem Anugerah Kokurikulum, Keceriaan Persekitaran Sekolah oleh Lembaga Pengelola Sekolah dan Usaha Membina Dewan Kuliah memantapkan 3K sekolah telah dikongsi bersama.

Usaha Exco Disiplin Sekolah bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah disiplin pelajar juga dikongsi bersama. Kebetulan pihak polis juga berada di sekolah untuk memberi sumbangan kepada sekolah ketika itu.

Ide-ide bernas oleh dua orang pemantau JPNP memang membawa faeadah dan kebaikan dalam usaha memantapkan lagi mutu pengurusan HEM dan Kokurikulum di SMK Hwa Lian Mentakab.
Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada dua orang tokoh pemantau JPNP!

1 comment:

  1. SMK Hwa Lian Mentakab mengucapkan syabas dan penghargaaan kepada JPNP dan 2 orang orang pemantau,iaitu Penyelia HEM, PPD Temerloh
    En Othman Bin Daud dan En Abdul Sani Razali ( PPD Maran ) !!!!

    TQ!!!

    Lim Jit Hun 26022009

    ReplyDelete

欢迎发表意见!