Tuesday, February 24, 2009

Kerjasama polis untuk membanteras jenayah di sekolah Dasar 3K


Kerjasama polis untuk membanteras jenayah di kawasan sekolah memang menjadi satu dasar penting dalam program 3K sekolah. Polis berpengaruh untuk membuat siasatan dalam kes-kes pergaduhan pelajar melibatkan kaum dan juga pertubuhan haram.


Demi kepentingan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah, Program Keselamatan SMK Hwa Lian Mentakab tidak boleh mengbaikan sumbangan pihak polis. Pengalaman dan kepakaran polis menangani kes-kes pergaduhan dan jenayah di kalangan pelajar memang mendatangkan hasil.


Ibu bapa / penjaga diminta agar bersikap lebih terbuka jika anak-anak mereka diminta untuk memberikan kerjasama dengan pihak polis yang dijemput oleh sekolah untuk menyelesaikan sebarang kes-kes disiplin.


Terdapat juga ibu bapa / penjaga tidak dapat menerima hakikat bahawa anak-anak mereka terlibat dalam jenayah setelah diberitahu oleh pihak polis. Mereka terkejut menerma kenyataan yang dibuat oleh polis.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak polis!

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!