Isu tidak hormati Lagu Kebangsaan dibangkitkan di kawasan sekolah setelah YB Chuah Boon Seong selaku ADUN Mentakab memberi teguran membina terhadap pelajar-pelajar SMJK Hwa Lian Mentakab dalam Majlis Perasmian Temasya Sukan Kali Ke-28 pada Hari Jumaat yang lalu.
YB Chuah Boon Seong menegaskan bahawa sebagai pelajar yang berjiwa cintakan negara, semasa Lagu Kebangsaan dimainkan, semua warganegara Malaysia termasuk para pelajar mesti berdiri tegak untuk menghormati kedaulatan negara kita, Malaysia.
Namum, masih terdapat segelintir pelajar yang suka bergerak dan menunjukkan sikap tidak pentingkan Lagu Kebangsaan semasa " Negaraku " dimainkan. Pihak sekolah tidak boleh berdiam diri dan usaha mendidik anak-anak watan terpaksa dilakukan.
GPK HEM SMJK Hwa Lian Mentakab Cikgu Lim Jit Hun mengambil tindakan tegas dalam Perhimpunan Sekolah hari ini ( 23 Februari 2009 ) dan akibatnya semua pelajar berdiri tegak dengan bersungguh-sungguh semasa Lagu Kebangsaan dimainkan.
Namum, GPK HEM terpaksa dijemput ke Balai Polis untuk memberi penjelasan dan berterima kasih kepada Sarsan Musa kerana begitu faham tentang masalah disiplin di sekolah.
Kepada semua pelajar di seluruh negara, jadilah anak watan setia untuk Malaysia. Apabila "Negaraku" dimainkan, berdirilah tegak dan memberi penghormatan kepada negara kita yang dicintai.
Marilah kita cintai Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya!
Lim Jit Hun 23022009

No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!