SMJK Hwa Lian memenangi 4 Johan daripada 8 kategori Kejohanan Badminton MSSD Temerloh 2009 yang diadakan di Dewan SRJKC Mentakab pada 4 Februari 2009.
Nik Syen Hong berjaya muncul Johan Perseorangan L15, dan dia juga adalah Johan Bergu L15 berpasangan dengan Brandon Mooi. Di samping itu, Ng Ivy juga muncul Johan Perseorangan P15, dan dia juga adalah Johan Bergu P15 berpasangan dengan Lim Lun Chi.
Pemain-pemain SMJK Hwa Lian yang lain seperti Lim Fang Chan,Chuah Zhen Heng, Tan Wen Jian,Tan Eng Suan, Soh Yun Ling, Lok Zen Hui, Chung Yun Ting, Chuah Ee Ting dan Kok Ling Jing tidak kurang hebat kerana masing-masing memenangi pinggat dalam kejohanan
tersebut.
Berikut ialah keputusan rasmi untuk pemain-pemain SMJK Hwa Lian Mentakab :
A. Perseorangan L18 : Lim Fang Chan ( Tempat Ke-3 )
B. Bergu L18 : Lim Fang Chan & Tan Eng Suan( Tempat Ke-3 )
C. Perseorangan P18 : Chuah Ee Ting ( Naib Johan )/ Chung Yun Ting ( Tempat Ke-3 )
D. Bergu P18 : Chuah Ee Ting & Kok Ling Jing ( Naib Johan )
: Chew Chi Ching & Chong Yun Ting ( Tempat Ke-3 )
E. Perseorangan L15 : Nik Syen Hong ( Johan )/ Brandon Mooi ( Naib Johan )
F. Bergu L15 : Nik Syen Hong & Brandon Mooi ( Johan )
Chuah Zhen Heng & Tan Wen Jian ( Tempat Ke-3 )
G. Perseorangan P15 : Ng Ivy ( Johan ) / Lim Lun Chi ( Naib Johan )
H. Bergu P15 : Ng Ivy & Lim Lun Chi ( Johan )
Soh Yun Ling & Lok Zen Hui ( Naib Johan )
No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!