Tuesday, February 10, 2009

Tengku Mahkota Pahang tidak lupa bertanya perkembangan Lim Fang Yang







Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak lupa bertanya tentang perkembangan atlet badminton Pahang, Lim Fang Yang apabila berjumpa dengan ayah Lim di Mentakab pada malam 9hb Feberuari 2009 ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2009.


Tengku Mahkota Pahang sempat berbual dengan ayah Lim semasa menunggu keberangkatan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almahum Sulatan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah ke Majlis Tahun Baru Cina / Cha Goh Mei 2009 yang diadakan di Persimpangan Jalan Zabidin dan Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab.


Sebenarnya, atlet Badminton dari Temerloh, Lim Fang Yang sempat berkenalan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menyertai satu kejohanan badminton peringkat Pahang pada tahun 2001 ketika beliau berumur 12 tahun. Kebetulan Tengku Mahkota Pahang sangat minat dalam badminton dan sedang bermain badminton di Dewan SUKPA, Kuantan ketika itu.


Kini, Lim Fang Yang ( 20 tahun ) ialah pemain back up negara dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak lupa bertanya perkembangannya. Tengku Mahkota Pahang telah dimaklumkan bahawa Lim Fang Yang sedang menyertai satu program latihan BAM di Iran sehingga 15 Fbruari 2009. Di samping itu, Lim Fang Yang turut menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa Iran 2009.


Terima kasih atas keperihatinan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah!


1 comment:

欢迎发表意见!