DASAR HEM SMK HWA LIAN MENTAKAB 2008
1. Semua pelajar adalah pelajar berkualiti ( insan mulia ) berdasarkan Sistem Merit Dan Demerit Pelajar ( MDDP ) :
1.1 Markah Demerit “0”
· Setiap pelajar dimulakan dengan markah demerit “0” apabila bermulanya sesi persekolahan baru. Sistem Merit dan Demerit ikut perarutran sekolah.
· Markah demerit pelajar dikehendaki ditandatangani oleh pelajar berkenaan pada Borang Merit dan Demerit. Untuk pelajar yang enggan menurunkan tandatangan, rekod salahlakunya akan disahkan oleh Guru Disiplin / GPK HEM.
1.2 Markah Merit Setiap Bulan – 20 Markah
· Markah merit diberi kepada pelajar yang mematuhi peraturan sekolah.
Markah merit dapat mengurangkan rekod markah demerit seseorang pelajar. Markah merit untuk setiap bulan ialah 20 markah. Rekod disimpan oleh pelajar dan pihak sekolah ( Pengesahan dalam Borang Merit dan Demerit ) Ibu bapa / penjaga dikehendaki menandatangani Borang Merit dan Demerit ( MDDP ) setiap bulan sebagai tanda mereka mengetahui perkembangan anak di sekolah.
1.3 Markah Merit pelajar
· Markah Merit juga diberi oleh guru untuk pelajar yang layak menerima
Markah Merit berpandukan buku peraturan sekolah dan direkodkan
dalam Borang Merit dan Demerit Pelajar ( MDDP ).
2. Sistem Hukum Sekolah ( SHS ) :
2.1 Pihak sekolah tidak bertolakansur dalam hal menangani masalah disiplin
pelajar. Semua pelajar yang melakukan kesalahan tidak boleh dilepaskan
begitu sahaja agar mereka dididik menjadi insan mulia.
2.2 Sebarang tindakan disiplin tentang kes salahlaku berat harus diputuskan
dalam Mesyuarat Lembaga Disipin Sekolah. Semua keputusan yang diambil
harus dilaksanakan agar pelajar dan ibu bapa / penjaga menghormati Sistem
Merit Dan Demerit Pelajar ( MDDP ) dan Sitem Hukum Sekolah ( SHS ) yang
menjadi kebanggaan sekolah.
3. Perjumpaan ibu bapa / penjaga dan masyarakat tempatan ( PIP ) :
3.1 Perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dan masyarakat
tempatan ( PIP ) diadakan setiap bulan untuk menerangkan dasar sekolah
agar mereka mempunyai semangat bekerjasama dengan pihak sekolah.
3.2 AJK Ponteng Sekolah / AJK Anti Dadah Sekolah dan AJK lain dapat diwujudkan semasa perjumpaan diadakan.
3.3 Markah Merit diberi untuk ibu bapa / penjaga yang menghadir perjumpaan.
Usaha ibu bapa / penjaga memenagi markah merit untuk anak dilaksana.
4. Waktu Mesra HEM setiap Khamis ( WMH ) :
4.1 Waktu 10.00 Pagi sehingga 2.00 Petang setiap Khamis merupakan Waktu Mesra HEM ( WMH )di Bilik Gerakan SMK Hwa Lian Mentakab. GPK HEM, Ketua Guru Disiplin dan Guru Disiplin bertugas akan melayani segala masalah yang berbangkit.
4.2 Semua ibu bapa / penjaga, ahli PIBG, ahli Persatuan Murid Tua dan Ahli Lembaga Pengelola boleh berbincang mengenai HEM dalam Bilik Gerakan semasa WMH diadakan.
4.3 Jamuan ringan diadakan sepanjang WMH berlangsung.
5. Minggu Pujian Pelajar / Pengawas yang berkualiti :
5.1 Nama dan foto pelajar yang berkualiti dipamerkan setiap minggu kerana memperoleh markah Merit yang tinggi.
5.2 Nama dan foto pengawas dipamer setiap minggu kerana menjalankan tugas dengan baik.
6. Pameran bahan / maklumat HEM di Bilik Disiplin :
6.1 Semua guru, ibu bapa / penjaga dan pelajar harus mengetahui dasar dan
Sistem pelaksanaan Merit Dan Demerit Pelajar ( MDDP ) dan juga Sistem Hukum Seklah ( SHS ) dengan terperinci.
6.2 Maklumat HEM menjadi bahan edaran untuk semua semua guru, ibu bapa /
penjaga dan pelajar.
7. Dokumentasi dan sistem fail HEM dan Tindakan Disipin Pelajar :
7.1 Dokumentasi dan sistem fail HEM / Tindakan Disiplin Pelajar oleh Guru
Disiplin dan Kaunselor harus kemaskini.
8. Hukuman Pelajar :
8.1 Pelajar yang melakukan salahlaku harus dihukum dengan diberi kauseling
dan didikan sebelum tindakan disiplin.
8.2 Pelajar yang dirotan mesti rela dan tidak ada perasaan dendam. Pelajar mesti
dididik supaya mereka insaf setelah menerima hukuman.
9. Program pembinaan insan dan latihan pengawas :
9.1 Latihan untuk pengawas diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan
Lembaga Disiplin Pengawas menjalankan tugas dengan bermutu.
9.2 Pemilihan pengawas harus tegas dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
9.3 Sistem Protif untuk pengawas diadakan agar mutu pengawas terjamin.
10. Program pembinaan insan dan latihan Guru Disiplin :
10.1 Program latihan Guru Disiplin berbentuk Hari Keluarga di destinasi yang
ditetapkan agar guru disiplin dapat bertugas dalam satu pasukan dan bersemangat untuk menjalankan tugas.
Lim Jit Hun ( 012-9331816 )
GPK SMK Hwa Lian Mentakab.
E-mail :
budd5465@gmail.com