3 orang Pemantau Unit Pertandingan Keceriaan, Keselamatan Dan Kesihatan ( 3K ) Kategori Sekolah-Sekolah Menengah sempena Perayaan Hari Guru Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh 2008 telah mengadakan lawatan rasmi ke SMK Hwa Lian hari ini ( 20 Mei 2008 ) untuk memantau program-program keceriaan, keselamatan dan keselamatan sekolah.
GPK Hem SMK Hwa Lian Mentakab Cikgu Lim Jit Hun telah membawa Cikgu Khairudin B Hj Othman ( Guru Besar SK batu Kapor Mentakab ), Cikgu Wahid Bin Mustakim ( Guru Besar SK Sungai Gau, Temerloh ) dan Cikgu Shu Swee Mee ( Guru Besar SJKC Sg Kawang ) membuat tinjauan ke kawasan sekitar sekolah. Mereka telah membuat pemerhatian yang cukup teliti terhadap perkembangan di sekolah yang dipantau.
Antara kekuatan-kekuatan SMK Hwa Lian Mentakab ialah :-
A. Keselamatan :
1. Pemasangan CCTV 24 jam di kawasan strategik sekolah, satu kemudahan yang menelan
belanja RM50,000 oleh PIBG sekolah.
2. Lembaga Disiplin Sekolah memepunyai satu pasukan kerja yang mantap yang selalu
bekerjasama mengatasi sebarang masalah disiplin dengan serta merta. Program-program
tersusun telah berjaya dijalankan dengan lancar seperti Kem Kepimpinan Pengawas, Kursus
Pengurusan Kelas untuk Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas, Aktiviti Mesra Disiplin Pelajar,
dan Lawatan Ke Lokap Balai Polis Temerloh.
3. Program PIP bulanan iaitu Perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga setiap
bulan untuk membincangkan masalah keselamatan dan sebarang masalah yang timbul.
4. Pelekat kenderaan untuk staf sekolah dan pas masuk ke kawasan sekolah diperkenalkan.
5. Tambahan pengawal keselamatan yang dibiayai oleh Lembaga Pengelola sekolah untuk bertugas khas pada waktu malam ( 24 jam ).
6. Terdapat 1 blok bangunan makamal sains dan 1 blok Kemahiran Hidup serba lengkap dan
keselamatan penggunaan peralatan makmal adalah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
7. Pemadam api dipasang di setiap bangunan dengan mematuhi peraturan pihak bomba.
B. Keceriaan :
1. Program pertandingan keceriaan dan gotong royong kelas setiap minggu. Kelas yang paling
ceria akan diberi penghargaan di Papan Notis keceriaan Sekolah di samping nama dan gambar
kelas dipamerkan di Blog GPK Hem sekolah.
2. Taman Bunga Raya di setiap pelusuk sekolah menjadi perwatakan sekolah. Sebanyak 70
sepisis bunga raya terdapat di kawasan sekolah ini !! Bunga Raya adalah bunga kebangsaan
negara dan melambangkan 5 Prinsip Rukun Negara ( setiap bunga raya mempunyai 5
kelopak ).
3. Terdapat 4 kolam ikan istimewa yang dijaga dengan rapi dan dibiayai oleh pihak Lembaga
Pengelola Sekolah ( suasana pembelajaran sangat nyaman seolah-olah belajar di persekitaran hotel atau resort ! ) Lembaga Pengelola Sekolah juga membayar upah lebihan kepada pekerja-
pekerja sekolah kerana menjaga pokok-pokok bunga pada Hari Sabtu dan Ahad.
4. Pihak PIBG mengadakan program Pekerja Sekolah Terbaik Bulanan untuk memberi ganjaran
kepada pekerja yang tekun menjaga keceriaan sekolah.
5. Program Markah Merit untuk pelajar-pelajar yang sukarela menjalankan kerja amal seperti
mengutip sampah setiap hari, mencuci tandas dan menyapu longkang bagi tujuan menceriakan kawasan sekolah. AJK Keceriaan tandas di kalangan pelajar turut ditubuhkan.
6. Taman Rekreasi yang dibekalkan peralatan senaman tajaan PIBG sekolah menjadi tarikan
pelajar-pelajar dan orang awam.
7. Tong sampah yang cukup disediakan di setiap sudut strategik dan pelajar-pelajar dididik
untuk menggunakan tong sampah dengan betul.
C. Kesihatan :
1. Sekolah bebas daripada sebarang penyakit yang tidak diingini seperti denggi dll.
2. Kantin sekolah diawasi selalu dan pelajar-pelajar dinasihatkan memakan makanan yang
berzat.
3. Program sarapan pagi percuma untuk pelajar-pelajar miskin tajaan pengurus kantin setiap
hari agar tiada pelajar yang lapar semasa mengikuti pelajaran.
4. Kempen anti dadah dan pameran HIV diadakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama
AADK dan Klinik Kesihatan Daerah Temerloh.
5. Kemudahan sukan yang mencukupi untuk kesihatan pelajar seperti Pusat Sukan ( 2
gelanggang bola keranjang yang dirasmikan oleh Jackie Chan; 1 gelanggang tenis dan sebuah
padang permainan serba guna ( bola sepak / hoki / bola baling / olahraga )
6. Kemudahan Dewan Serbaguna ( paling besar Di Daerah Temerloh ) untuk permainan
badminton, bola tampar dan ping pong.
7. Kemudahan gim untuk kegunaan para atlet sekolah dan guru-guru. Program latihan atlet
olahraga diadakan sepanjang tahun.
Oleh GPK Hem SMK Hwa Lian Mentakab :
En Lim Jit Hun 012-9331816
20 Mei 2008

No comments:
Post a Comment
欢迎发表意见!