Sunday, May 25, 2008

Guru Disiplin Yang Komited

Kawalan disiplin pelajar di sekolah memang menjadi tanggungjawab semua guru disiplin yang berdidikasi dan bertanggungjawab.

Namum, sebagai GPK Hem, saya amat kasihan melihat guru disiplin yang terpaksa menangani masalah disiplin yang tidak patut berlaku jika sistem kawalan kelas berjalan dengan lancar.

Jika terdapat pelajar-pelajar dilepaskan lebih awal semasa waktu persekolahan dan menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan "enjoy" makanan di kantin pada waktu bukan masa rehat sekolah, akan timbul masalah disiplin pelajar yang bagi anggapan saya tidak patut berlaku.

Sistem kawalan PIP di kelas harus diperketat dan sistem yang amat penting itu tidak boleh dirosakkan, walaupun cuba dielakkan masalah tersebut. Sebagai pendidik, kawalan kelas adalah agenda utama dan adalah syarat paling asas menuju ke arah kecemerlangan !

Semua guru disiplin sedia menangani sebarang maslah yang betul-betul ditimbulkan oleh pelajar-pelajar sendiri seperti pelajar sengaja ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak bersopan terhadap guru dan pelajar lain ; dan semua salah laku yang mungkin dilakukan yang telahpun tercatat dalam Sistem MDDP ( Sistem Merit Dan Dimerit Pelajar ).

Saya cukup yakin Sistem MDDP amat berkesan tetapi jika Sistem Kawlan Kelas tidak diperketat, maka akan timbul masalah tamabahan kepada semua guru disiplin yang bagi anggapan saya tidak patut berlaku!

Sedikit pandangan guru-guru disiplin komited yang mahukan kecemerlangan sekolah :

" Adalah tidak adil kepada guru disiplin jika masalah kawalan kelas itu dipindahkan kepada
guru disiplin..."

" Guru disiplin mahu menangani masalah disiplin secara total iaitu semua sistem berjalan lancar dan semua pihak memainkan peranan ...."

" Kerjasama dalam satu pasukan itu sangat penting. Jangan biar guru disiplin selalu berhadapan dengan masalah disiplin yang timbul kerana kecacatan pihak tertentu... "

GPK Hem
Lim Jit Hun 25052008

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!