Tuesday, May 6, 2008

Masalah Kutipan Sampah di Hwa Lian Selesai

2 orang pegawai Alam Flora dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Temerloh mengunjungi SMK Hwa Lian pagi ini untuk membincangkan masalah kutipan sampah di kawasan sekolah.

Pegawai Eksekutif Operasi Alam Flora untuk 4 Daerah iaitu Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran, En Mohd Ezam meminta pihak sekolah agar membeli sebuah tong sampah standard sebesar 1100 litre untuk membolehkan lori Alam Flora mengutip sampah dengan mudah. Pihak sekolah tiada halangan di atas cadangan Alam Flora itu.

Pihak Alam Flora berjanji akan mengutip sampah di kawasan sekolah Hwa Lian selang hari dan kerja itu dijalankan oleh pekerja-pekerja Alam Flora sendiri tanpa melibatkan pekerja sub kontraktor.

Turut hadir ialah Pegawai Pentadbir Alam Flora Daerah Temerloh En Azlan dan Pegawai Unit Kebersihan dan Keceriaan Majlis Perbandaran Temerloh, En Ismail. Tuan Pengetua SMK Hwa Lian En Siew Yoon Yaw dan GPK HEM En Lim Jit Hun mengalu-alukan cadangan dan janji kerja Alam Flora tersebut.

Jika terdapat sebarang masalah, pegawai Alam Flora sudi menerima teguran dan pertanyaan :
1. En Mohd Ezam : 013-9831216
2. En Azlan : 019-9696547

Lim Jit Hun 06052008

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!