Monday, May 5, 2008

SURAT KEPADA MENTERI

SMK HWA LIAN
28400 MENTAKAB,
PAHANG DARUL MAKMUR. TEL. & FAX : 09-2771146
_________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : ceb 7071. 02/02/11 ( 1/08 )
Tarikh : 29 APRIL 2008

Kepada:

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Menteri Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Paras 1- 7, Blok K,
Pusat Bandar Damansara,
Peti surat 12579,
50782 Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Menteri

PEMBERITAHUAN TUGAS CUAI ALAM FLORA YANG MENJEJASKAN KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya selaku GPK HEM SMK Hwa Lian Mentakab
ingin memberitahu kepada YB Menteri bahawa Alam Flora yang sepatutnya mengutip bungkusan sampah di kawasan sekolah telah cuai menjalankan tugasnya dan akibatnya timbunan bungkusan sampah telah menjejaskan suasana kecerian dan kebersihan sekolah.

3. Sebagai GPK HEM, saya bertanggungjawab menjaga kesihatan pelajar saya seramai 1872 orang. Tugas cuai Alam Flora dengan pelbagai alasan masalah tidak boleh diterima oleh pihak sekolah kerana kesihatan, keceriaan dan kebersihan sekolah DIUTAMAKAN!

4. Saya bertanggungjawab untuk memberitahu hal tersebut kepada semua pihak pentadbir termasuk YB Menteri, Majlis Perbandaran Temerloh dan Alam Flora sendiri. Bersama-sama ini disertakan gambar foto untuk rujukan tuan.

5. Kerjasama semua pihak yang diberitahu amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.”

Saya yang menurut perintah,

LIM JIT HUN ( 012-9331816 )
GPK HEM
SMK HWA LIAN MENTAKAB.

s.k

1. YB ADUN Kawasan Lanchang
2. Majlis Perbandaran Temerloh
3. Alam Flora Temerloh
4. Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh

Catatan : surat diemail kepada pihak berkenaan.

No comments:

Post a Comment

欢迎发表意见!